SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, November 19, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009


Bagi menghargai kecemerlangan murid-murid SK Sungai Puteri dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun 2009 ini, SK Sungai Puteri telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan pada 19 November 2009 jam 9:00 pagi.

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Sungai Puteri pada tahun ini bertemakan tradisional di mana suasana di dalam dewan dihiasi dengan pelbagai barangan tradisional. Malah murid-murid yang menerima hadiah dan sijil diiringI dengan muzik gamelan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Rompin iaitu Encik Ahmad Azmi bin Abdul Rahman. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menjelaskan kecemerlangan yang dicipta memerlukan pengorbanan yang besar dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Beliau turut memaklumkan akan kecemerlangan SK Sungai Puteri dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2009 yang merupakan keputusan yang terbaik di daerah Rompin dengan 24 orang mendapat 5A.

Dalam majlis ini, murid-murid yang memperolehi keputusan yang cemerlangan dalam PKSR 4 serta bidang kokurikulum telah diberikan hadiah dan sijil. Kehadiran ibu bapa dalam majlis ini amat menggalakkan.

Majlis berakhir pada pukul 11:15 pagi.

No comments:

Post a Comment