SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, June 30, 2011

SELAMAT MENJAWAB

SEBAHAGIAN MURID-MURID TAHUN 6 MENJAWAB SOALAN UNTUK UJIAN PENGESANAN KETIGA

SELAMAT BERKHEMAH


SK SG PUTERI, Lima orang murid dari Tunas Puteri SK Sungai Puteri telah terpilih untuk mengikuti Perkhemahan Pandu Puteri Tunas Peringkat Negeri Pahang. Perkhemahan ini akan berlangsung selama 4 hari bermula 27 hingga 30 Jun 2011 di D'Ambang Kuantan. Puan Rosliza binti Ismail bertanggungjawab mengiringi wakil SK Sungai Puteri ini.

Thursday, June 23, 2011

SELAMAT BERJUANG

Pihak pengurusan, guru-guru, staf sokongan dan semua murid SK Sungai Puteri mendoakan kejayaan Pasukan Choral Speaking.

Wednesday, June 22, 2011

Monday, June 20, 2011

TAHNIAH

MURID-MURID YANG BERJAYA KHATAM AL-QURAN BAGI ENAM BULAN PERTAMA PROGRAM j-QAF

Sunday, June 19, 2011

PIHAK PENGURUSAN SK SUNGAI PUTERI MENGUCAPKAN

KEPADA SEMUA GURU DAN STAF LELAKI SK SUNGAI PUTERI


 

Monday, June 13, 2011

KEPRIHATINAN

SK SUNGAI PUTERI - Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri telah mewakili seluruh guru dan staf menyampaikan hasil kutipan derma bagi membantu salah seorang pengawal keselamatan yang berkhidmat di SK Sungai Puteri yang memerlukan sumbangan untuk membiayai kos rawatan anaknya. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini diberkati-Nya.

Saturday, June 11, 2011

PEMBERITAHUAN

Borang penyertaan pertandingan Kumpulan inovatif kreatif BBM LINUS Daerah Rompin Tahun 2011

Muat turun DI SINI

note: Tarikh tutup penyertaan 27 Jun 2011

PERTANDINGAN OPENOFFICE.ORG 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN

Hadiah Kategori Sekolah Rendah

Tempat 1: RM1,500 berserta piala
Tempat 2: RM1,000
Tempat 3: RM500

Tarikh penghantaran penyertaan dari 15 Jun 2011 hingga 15 Julai 2011. Borang Penyertaan Online

Friday, June 10, 2011

PEMBERITAHUAN

Tawaran Mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)


Ambilan Khas Tahun 2011 Di Bawah RMKe-10


Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat tawaran di bawah.
Muat turun
PPG MOD PJJ 2011

PEMBERITAHUAN

Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Ambilan Julai 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai PPPS/Diploma yang

sedang berkhidmat di sekolah rendah KPM memohon mengikuti Kursus KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme.


Nama Kursus :
1. KDP 14 Minggu : Bidang Bimbingan dan Kaunseling (Lanjutan)
2. KDP 14 Minggu : Bidang Pendidikan Jasmani (Peningkatan Profesionalisme)

Tempoh Pengajian : 14 Minggu :  17 @ 18 Julai  - 20 @ 21 Oktober 2011

Tarikh tutup permohonan : 24 Jun 2011
Sila layari laman sesawangBahagian Pendidikan Guru untuk keterangan lanjut.

Saturday, June 4, 2011

Wabak E.coli kini di 12 negara

pix_gal0
Bakteria mampu berjangkit antara manusia dianggap paling berbahaya

GENEVA: Wabak E.coli kini dikesan di 12 negara dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia.
Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain.
Lebih 1,700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.