SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, April 5, 2013

PEMASANGAN 1BESTARINET


Pada 5 April 2013, penantian terhadap projek 1BestariNet di SK Sungai Puteri akhirnya berakhir apabila pihak YTL Communication Sdn. Bhd. melalui vendor yang dilantik telah membuat pemasangan pakej 1BESTARINET di beberapa tempat strategik dalam kawasan SK Sungai Puteri.
Projek 1BestariNet adalah projek bagi menyediakan prasarana teknologi kepada Sistem Pendidikan di Malaysia. Ia merupakan penambahbaikan kepada Schoolnet dengan menekankan aspek perkhidmatan, end to end solution dengan komponen utama adalah capaian internet dan perkhidmatan VLE untuk warga sekolah dan bertujuan untuk pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.
Diharap dengan pemasangan ini warga SK Sungai Puteri akan dapat menggunakan internet dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pengisian markah di laman sesawang SPPBS, SAP dan sebagainya.



No comments:

Post a Comment