SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, December 26, 2013

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PERANCANGAN 2014



Mesyuarat Pengurusan dan Perancangan bagi sesi persekolahan 2014 telah diadakan pada 26 Disember 2013 di Bilik Mesyuarat SK Sungai Puteri. Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa oleh Ustazah Mohd Asmawi bin Mohd Daud. Setelah selesai bacaan doa, mesyuarat diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri. Pelbagai perkara dibincangkan bagi memastikan segala perancangan dan pengurusan yang dirancang dapat dilaksanakan sepanjang tahun 2014 nanti.

Pada majlis yang sama, tiga orang guru baru yang berpindah masuk ke SK Sungai Puteri bagi sesi persekolahan 2014 telah diperkenalkan. Guru-guru tersebut adalah Pn Halita binti Mohamad Noh dari SK Leban Chondong, Pn. Suhaila binti Sani dari SK Janglau dan Pn. Inalisa binti Idris dari SK Keratong 10. Tuan Guru Besar turut mengumumkan guru-guru SK Sungai Puteri yang bertukar keluar dari SK Sungai Puteri pada tahun ini. Guru-guru tersebut ialah Cik Rosdalilawati binti Suman ke SK Panching Selatan, Pn. Rosmawati binti Onn ke SK Bukit Gemuroh dan Pn Muzainah binti Shadan ke SK Tanjong Batu.

No comments:

Post a Comment