SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, March 29, 2013

TEMA HARI GURU 2013: GURU MALAYSIA :1ASPIRASI, 1 AGENDA

Salam Satu Malaysia,
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:


GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA



HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Tuesday, March 26, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU


Warga SK Sungai Puteri mengucapkan 
SELAMAT PENGANTIN BARU 
 kepada 
Teacher Muziana
dengan pasangannya
Rismayanto 

SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT

Friday, March 22, 2013

PERTANDINGAN REKABENTUK BAS SEKOLAH SELAMAT

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun buku panduan di ruangan muat turun di bawah atau layari laman portal S.P.A.D.
23 HINGGA 30 MARCH 2013

Thursday, March 21, 2013

SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG KE-14




Pada 21 Mac 2013, bertempat di SK Sungai Puteri, Persatuan Ibubapa dan Guru telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-14 bagi memilih pucuk kepimpinan yang baru. Mesyuarat bermula sekitar jam 2.45 petang dan berlangsung dalam suasana penuh harmoni. YB Senator Dato' Maznah binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah sudi meluangkan masa untuk merasmi penutupan mesyuarat ini. 

Pihak pengurusan SK Sungai Puteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat seperti Pejabat Pelajaran Daerah Rompin, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia SMK Pontian Jaya, Persatuan Bahasa Inggeris SK Sungai Puteri, Kumpulan Shoutul Taqwa, Tenun Grafik, Kedai Buku SK Sungai Puteri dan individu yang terlibat.

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KELOMPOK ROMPIN PANTAI UTARA


Majlis Tilawah Al-Quran tahun ini telah diadakan di SK kampong Kolam pada 21 Mac 2013. SK Sungai Puteri telah menghantar enam orang peserta bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Kategori tersebut ialah Tilawah, Hafazan dan bercerita.

Tuesday, March 19, 2013

KARNIVAL BAHASA INGGERIS KELOMPOK ROMPIN UTARA

Pada 19 Mac 2013, SK Sungai Puteri telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa Inggeris Kelompok Rompin Utara. Sebanyak empat buah sekolah telah menyertainya iaitu SK Leban Chondong, SK Sungai Puteri, SK Rompin dan SK Kampung Kolam. 
Karnival pada kali ini mempertandingkan acara Action Songs, Public Speaking dan Story Telling. SK Sungai Puteri berjaya mengondol tempat kedua bagi acara Action Songs. Manakala bagi acara Public Speaking SK Sungai Puteri mendapat tempat Kedua dan Ketiga.
Walaupun karnival ini berlangsung serba sederhana namun ianya tetap meriah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak.





Saturday, March 16, 2013

SEKITAR LATIHAN KEBAKARAN






Pada 15 Mac 2013, Unit 3K telah mengadakan latihan kebakaran dengan kerjasama Bomba Daerah Rompin. Latihan kebakaran ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada semua warga SK Sungai Puteri langkah-langkah yang betul seandainya situasi sebenarnya berlaku.


KEJOHANAN OLAHRAGA KELOMPOK ROMPIN UTARA

Pada 13 Mac 2013, SK Sungai Puteri telah menyertai Kejohanan Olahraga Kelompok Rompin Utara yang telah diadakan di SK Selendang 4. Pada tahun ini, SK Sungai Puteri memenangi 2 pingat emas dan 3 pingat gangsa. Emas dimenangi dalam acara 100 meter dan lompat tinggi bagi kategori bawah 10 tahun.
Manakala bagi pingat gangsa pula diperolehi dalam acara lontar peluru perempuan bawah 10 tahun, lompat jauh lelaki bawah 12 tahun dan lompat tinggi perempuan bawah 10 tahun.
Menurut pengurus pasukan Puan Zarina, matlamat pasukan olahraga SK Sungai Puteri pada tahun ini adalah memberi pendedahan kepada kontinjen bawah 10 tahun dan hasilnya tidak mengecewakan.

TAHNIAH

Pelajar Tahun 6 yang berjaya memperolehi 5A dalam P1.

Wednesday, March 13, 2013

TERIMA KASIH NESTLE

Sekali lagi pihak Nestle telah menaja pemberian Choco-Crunch kepada para pelajar dan para guru SK Sungai Puteri bagi tahun 2013. Tepat jam 9 pagi, 13 Mac 2013 sebuah van Nestle telah tiba dan mengedarkan semangkuk Choco-Crunch bagi setiap pelajar. Terima kasih diucapkan dari pihak sekolah. 


Tuesday, March 12, 2013

KEJOHANAN BADMINTON ANTARA KELOMPOK


Kejohanan Badminton Antara Kelompok diadakan pada 12 March 2013 di SMK Agama Pahang Muadzam Shah. Seramai enam orang peserta dari SK Sungai Puteri telah mewakili Kelompok Rompin Utara. En. Mohammad Zainal bin Muda selaku jurulatih mengharapkan kejayaan di peringkat kelompok dapat diulangi.

Friday, March 8, 2013

SOLIVATE

Pada 8 Mac 2013, SK Sungai Puteri telah menerima kunjungan dari pihak Solivate. Murid-murid tahap 1 telah diberi penerangan tentang khasiat minum Solivate. Murid-murid berpeluang melihat tayang animasi tentang kelebihan produk Solivate. Murid turut diberikan hadiah apabila berjaya menjawab soalan yang diajukan berkaitan animasi yang ditayangkan. Kejutan turut dilakukan oleh pihak Solivate dengan membawa maskot mereka iaitu Mr Solivate untuk menari bersama-sama dengan murid-murid. Di akhir majlis, semua murid tahap 1 menerima sebotol minuman Solivate secara percuma. Pada masa yang sama semua warga SK Sungai Puteri mengambil kesempatan untuk membeli produk Solivate pada harga yang murah.



Thursday, March 7, 2013

PIDATO ANTARA KELOMPOK

Pada 7 Mac 2013, Ahmad Fakhrul Harith bin Mohd Ghauth telah mewakili Kelompok Pantai Rompin Utara di Pertandingan Pidato Antara Kelompok di SMK Muadzam Shah. 
Pihak pengurusan sekolah mengucapkan tahniah kepada Ahmad Fakhrul Harith kerana berjaya menduduki tempat keempat daripada sembilan orang peserta. Semoga pengalaman yang ditimba dapat digunakan pada masa depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...