SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, January 29, 2016

SEPETANG BERSAMA TN HAJI ISMAIL BIN MOHD SAID

SK Sungai Puteri- Pada 29 Januari 2016, Kelab Guru dan Staf SK Sungai Puteri telah mengadakan satu majlis Minum Petang bersama Tn.Haji Ismail bin Mohd Said. Guru Besar SK Sungai Puteri. Majlis ini merupakan majlis terakhir bersama Tn Haji Ismail bin Mohd Said kerana beliau akan menamatkan perkhidmatan di dalam bidang perguruan.
Antara tetamu kehormat yang hadir adalah para pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Rompin yang merupakan bekas guru-guru dari SK Sungai Puteri, YDP PIBG, NYDP PIBG dan barisan exco tertinggi PIBG SK Sungai Puteri.
Walau pun majlis ini diadakan dalam suasana gembira, namun jauh di sudut hati masing-masing tersemat perasaan sedih kerana selepas ini tiada lagi gurau sendara, gelak ketawa dari Tn Haji Ismail bin Mohd Said buat seluruh warga SK Sungai Puteri.
Di kesempatan ini, kami seluruh warga SK Sungai Puteri mengucapkan TERIMA KASIH Tn Haji Ismail bin Mohd Said di atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan sebagainya dalam menjadikan Guru serta Staf SK Sungai Puteri individu yang mampu mengalas amanat KPM dalam memastikan anak bangsa berjaya di dun
ia dan akhirat.








Wednesday, October 14, 2015

16 ORANG UPSR 2015

TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA SK SUNGAI PUTERI DENGAN KEJAYAAN UPSR 2015


Wednesday, December 31, 2014

SEKITAR PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2015






Tarikh : 31 DISEMBER 2015
Tempat : DEWAN TERBUKA SK SUNGAI PUTERI

Saturday, November 29, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU


Warga SK Sungai Puteri Mengucapkan

"SELAMAT PENGANTIN BARU" 
kepada

MOHD NAZIM BIN MD DERUS
dengan pasangannya
NURUL NAJWA BINTI NAZARI

"SEMOGA MAHLIGAI YANG DIBINA KEKAL SEHINGGA KE AKHIR HAYAT"



Friday, November 28, 2014

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Pada 28 November 2014, warga SK Sungai Puteri dikejutkan dengan berita kemalangan anak Ustazah Normah binti Husin. Kemalangan tersebut berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ketika anak beliau sedang menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis perkahwinan adik abang iparnya.

Warga SK Sungai Puteri mengharapkan Ustazah Normah dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. 

Warga SK Sungai Puteri turut mendoakan agar anak Ustazah Normah cepat sembuh.

Wednesday, November 26, 2014

SEKITAR PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2014

Seawal jam 9:00 pagi, ibu bapa dan penjaga calon UPSR 2014 SK Sungai Puteri telah berada di kantin dan perkarangan sekolah menanti ketibaan keputusan UPSR yang diambil oleh Guru Besar dan setiausaha peperiksaan di Pejabat Pendidikan Daerah Rompin. 

Debaran menanti bukan sahaja melanda calon, ibu bapa malah turut dirasai para guru terutama guru yang anaknya turut merupakan calon UPSR 2014. Kesabaran calon, ibu bapa dan guru terlerai apabila tepat jam 10:40 pagi kenderaan Guru Besar dan setiausaha peperiksaan mula memasuki perkarangan sekolah.

Lebih kurang 10:50 pagi, penyelaras Tahun 6, Puan Azizah binti Hassan telah mengumumkan keputusan UPSR 2014.

Pada tahun ini SK Sungai Puteri berjaya melahirkan 18 orang 5A, 4A1B seramai 4 orang dan 3A2B pula seramai 3 orang. Peratus lulus UPSR pula ialah 85.07%.

Walaupun terdapat penurunan seramai 7 orang bilangan 5A namun ia bukanlah faktor untuk mematahkan semangat para guru tahun 6 untuk berusaha lebih gigih lagi pada sesi persekolahan 2015 nanti.

Pada majlis ini, Tn. Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri turut memberi ucapan ringkas sebagai ingatan kepada calon UPSR 2014 yang bakal melangkah ke sekolah menengah pada tahun 2015. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir memberi sokongan kepada anak masing-masing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang telah berjaya. Bagi yang kurang berjaya, ini bukan noktah bagi perjuangan anda. Masih banyak lagi peperiksaan yang bakal anda hadapi.




KLIK DI SINI - untuk lihat gambar


KEPUTUSAN UPSR 2014


Tuesday, November 25, 2014

SEKITAR PEMBERSIHAN POKOK TUMBANG



MESYUARAT PENYELARASAN BANJIR 2014

Bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Sungai Puteri telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Banjir bagi kawasan Sungai Puteri. Pada tahun ini dua pusat pemindahan banjir telah dibuka iaitu di SMK Sungai Puteri dan SK Sungai Puteri. 
Dalam mesyuarat ini banyak perkara telah dibincangkan bagi menghadapi banjir seandainya berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini. Semua ahli jawatan kuasa dari SK Sungai Puteri telah menghadiri mesyuarat ini untuk mendengar sendiri tugasan yang akan dipertanggungjawabkan sepanjang menguruskan mangsa-mangsa banjir.
Mesyuarat berakhir tepat jam 11:15 pagi selepas hadirin dijamu dengan air teh dan kuih baulu.


SEMOGA CEPAT SEMBUH

Seluruh warga SK Sungai Puteri mendoakan En. Saifuzzaman bin Abd Aziz cepat sembuh dan kembali bertugas pada 2015. 

En. Saifuzzaman bin Abd Aziz telah terlibat dengan kemalangan pada malam 22 November 2014 yang lalu ketika hendak menghadiri mesyuarat di surau kampung Sepakat. 

Beliau kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan di wad 5B Kiambang.

Monday, November 24, 2014

UJIAN APTIS


Pada 24 November 2014, Makmal Bahasa SK Sungai Puteri sekali lagi menjadi venue bagi Ujian Aptis. Ujian ini diadakan dalam dua sesi kerana bilangan guru Bahasa Inggeris yang menduduki ujian ini seramai 22 orang. Ujian ini bermula 9:00 pagi hingga 5:30 petang. Puan Salme binti Husin, Pegawai Bahasa PPD Rompin telah bersama memantau perjalanan ujian ini.


Saturday, November 22, 2014

SELAMAT BERCUTI


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Sungai Puteri pada tahun 2014 telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 21 November. Objektif majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun 2014 ini. Penganugerahan ini diharap dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.

Seawal jam 8:00 pagi lagi, perkarangan sekolah telah didatangi oleh ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Sungai Puteri. Sebelum hadirin masuk ke Dewan Tun Fatimah, mereka dikehendaki mendaftarkan diri di meja pendaftaran.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Mohd Daud.Seterusnya para hadirin menyanyikan lagu Negaraku, dan Lagu Negeri Pahang. 

Sebaik sahaja selesai nyanyian pengerusi majlis Pn. Halita binti Mohd Noh telah menjemput Tuan Haji Mohamad bin Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Rompin untuk majlis perkongsian ilmu berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) sementara menanti tetamu kehormat iaitu YB Dato' Maznah binti Mazlan, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia merangkap ADUN Muadzam Shah sampai. Banyak input berkaitan PPPM disampaikan oleh beliau.

Tepat jam 11:00 pagi,  YB Dato' Maznah binti Mazlan, tiba di perkarangan SK Sungai Puteri. Ketibaan YB Dato' Maznah telah disambut dengan tarian oleh murid-murid prasekolah. Kemudian YB Dato' Maznah binti Mazlan diiringi oleh Pegawai PPD, Guru Besar, YDP PIBG ke Dewan Tun Fatimah.Tepat jam 11:30 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Maznah binti Mazlan.

Acara kemuncak merupakan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun. Murid-murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah.

Pada tahun 2014, tokoh Kurikulum dan tokoh Kokurikulum telah diberikan kepada :-
  • Tokoh Kurikulum kategori Lelaki :Muhammad Izzudin bin Abdul Zainal
  • Tokoh Kurikulum kategori Perempuan : Nurul Syazana binti Ahmad
  • Tokoh Kokurikulum kategori Lelaki : Muhamad Aiman Wafi bin Ahmad
  • Tokoh Kokurikulum kategori Perempuan: Nur Asyikin bin Abd Aziz
     
 
Sebagai tanda terima kasih pihak sekolah telah menyampaikan cenderahati kepada Pegawai PPD Rompin, Tn Hj Mohamad bin Hamid dan juga cenderahati kepada YB Dato'Maznah binti Mazlan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.


Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali kerana para tetamu turut diberikan cabutan bertuah. Para tetamu dan ibu bapa serta penjaga dihidangkan dengan juadah sejurus majlis selesai.

Majlis berakhir jam 12:30 tengah hari.









Lihat gambar - KLIK DI SINI




Thursday, November 20, 2014

TAHNIAH DAN SYABAS


Warga SK Sungai Puteri mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Mastura Mustapa (guru) dan Puan Kamariah Ismail (Pembantu Pengurusan Murid) Kelas Prasekolah Unggul kerana berjaya memenangi Anugerah Prasekolah Terbilang Peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2014.

Penganugerahan ini diterima pada Majlis Anugerah Prasekolah Terbilang Peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan pada 20 November 2014 di Dewan Majlis Daerah Jerantut. Walaupun, kelas Prasekolah Unggul baru beroperasi 3 tahun, namun usia tidak menjadi halangan untuk bersaing dengan kelas-kelas prasekolah di negeri Pahang yang lain jika terdapat komitmen yang jitu untuk menjadi yang terbaik.

Diharapkan kemenangan ini menjadi pemangkin kepada kelas-kelas prasekolah di SK Sungai Puteri yang lain.

POKOK TUMBANG LAGI

Seawal jam 7:30 pagi, ketika Puan Mastura Mustapa dan Puan Kamariah Ismail bersedia untuk ke Anugerah Prasekolah Terbilang di Jerantut, Pahang, mereka dikejutkan dengan kemusnahan pagar Prasekolah Unggul akibat dihempap dahan pokok yang tumbang. 

"Mujurlah hanya pagar sahaja yang musnah dan tidak melibatkan kerosakan pada bangunan prasekolah Unggul" kata Pn. Mastura Mustapa, guru kelas Prasekolah Unggul. Menurut Pn. Mastura Mustapa lagi, kejadian ini berlaku pada sebelah malam. 

Kejadian dahan pokok menghempap prasarana sekolah sering berlaku terutama ketika musim tengkujuh yang membawa angin kencang. Sebelum ini tempat meletak kenderaan guru telah musnah dihempap dahan pokok.