SK SUNGAI PUTERI- Hari Bertemu Pelanggan, ibubapa dan penjaga murid Tahun 6 telah diadakan pada 13 Mei 2011 bertempat di kelas Tahun 6. Tujuan diadakan Hari Bertemu Pelanggan ini untuk membincangkan prestasi semasa pelajar Tahun 6 selepas mengharungi 2 penilaian bagi persediaan mereka menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Program yang bertujuan untuk mencari pendekatan yang terbaik untuk pelajar Tahun 6 ini bersedia bagi menghadapi UPSR nanti agar mereka bukan hanya bergantung dapatan daripada guru di sekolah tetapi para ibubapa dan penjaga turut berkerjasama memastikan anak-anak mereka melakukan persiapan yang betul untuk UPSR nanti. Secara keseluruhan program ini mendapat sambutan daripada ibubapa dan penjaga Tahun 6.
No comments:
Post a Comment