Seawal jam 8:15 pagi, setelah hampir 2 bulan perkarangan SK Sungai Puteri sunyi, tiba-tiba menjadi riuh rendah dengan kehadiran para guru untuk menghadiri Mesyuarat Guru bagi sesi persekolahan 2012. Mesyuarat yang bermula tepat jam 9:00 pagi telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ismail bin Mohd Said. Pelbagai amanat serta perancangan untuk sesi persekolahan 2012 telah dibentangkan oleh beliau serta tiga orang Guru Penolong Kanan yang mewakili unit masing-masing.
Mesyuarat berakhir sekitar jam 2 petang selepas para guru menjamu selera yang disediakan oleh pengusaha kantin yang baru. Menu pada hari ini telah disumbangkan oleh pengusaha kantin yang baru bagi meraikan tanda kesyukuran beliau.
No comments:
Post a Comment