PERMOHONAN GURU DAN PPM BAGI PROGRAM SEKOLAH DLM HOSPITAL
PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH
(PPPS DG 41,DG44 KUP, DG48 KUP) DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) DI
SEKOLAH DALAM HOSPITAL.
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,
2. Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan diperluaskan di hospital-hospital berikut :
i. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
ii. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
iii. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu
iiii. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
3. Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS DG 41,DG44 KUP, DG48 KUP) dan
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk mengisi jawatan di Sekolah Dalam
Hospital berkenaan.
4. Mereka yang berminat mengajar dan
bertugas di SDH dan memenuhi syarat seperti di Lampiran B, bolehlah
mengemukakan permohonan mengunakan borang seperti Lampiran C, sebelum
atau pada 31.Mei.2012 melalui email upkjohor@yahoo.com atau faksimini
07-2347127.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Ab
Rahman di Talian 019-7551020 atau 07-2310004. Sila nyatakan email semasa
membuat permohonan.
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment