Semua pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR iaitu peperiksaan pertama
yang akan menentukan hala tuju pendidikan para pelajar sama ada akan menyambung pengajian ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), atau Sekolah Menengah Harian. Oleh itu,
terpulang kepada kehendak, usaha dan sejauh mana keinginan untuk meletakkan diri mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi.
Kepada semua pelajar Tahun 6, berjuanglah berhabis-habisan, maksimumkan
masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Jangan sesekali berputus asa...
dan yakinlah dengan diri anda dan sentiasalah percaya anda boleh menjadi
insan yang cemerlang dan anda boleh melakukannya.
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
No comments:
Post a Comment