Majlis ini disambut dengan penuh kesederhanaan tetapi cukup meriah dengan kehadiran para jemputan serta aktiviti-aktiviti yang disediakan bagi menjayakan dwiperayaan ini. Pihak pentadbiran SK Sungai Puteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini dan berharap jika terdapat sebarang kekurangan harap dimaafkan. Semoga segala juadah yang disediakan dapat memenuhi selera para jemputan.
Terima kasih juga diucapkan kepada pengusaha kantin yang telah berbesar hati memberikan duit raya kepada semua murid SK Sungai Puteri. Semoga Allah S.W.T membalas sumbangan beliau ini. Diharapkan pada tahun akan datang majlis seumpama ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan meriah.
Lihat gambar sekitar majlis : KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment