Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
URUSAN
PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED
DGA32 KE GRED DGA34 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) TAHUN 2013 DI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Pendidikan Khas adalah urus setia
penyelarasan bagi urusan pemangkuan PPPLD dari Gred DGA32 ke Gred DGA34
bagi mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat Guru Besar di
sekolah-sekolah di bawah kawalan Bahagian Pendidikan Khas pada tahun
2013.
1. Sehubungan
dengan itu, urusan permohonan ini adalah terbuka kepada semua PPPLD
Gred DGA32 termasuk pegawai-pegawai yang telah mendapat kenaikan pangkat
secara Time-Based (KUP), sedang
cuti belajar, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, pegawai-pegawai yang
dipinjamkan / tukar sementara ke agensi lain.
2. Calon-calon
yang ingin memohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus
urusan pemangkuan seperti yang dinyatakan di bawah:-
2.1. Syarat-syarat Umum
2.1.1. telah disahkan dalam perkhidmatan;
2.1.2. mencapai
tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini (2009, 2010 dan 2011);
2.1.3. bebas dari tindakan tatatertib;
2.1.4. telah mengisytiharkan harta;
2.1.5. lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
2.1.6. bebas daripada senarai ‘Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
2.1.7. diperakukan oleh Ketua Jabatan.
2.2. Syarat Khusus
2.2.1. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DGA32 secara hakiki ataupun secara Time-Based sebelum atau pada 31 Disember 2008.
2.2.2. Sedang
berkhidmat di Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri atau
Program Pendidikan Khas Integrasi atau Sekolah Pendidikan Khas
3. Borang Permohonan
3.1. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini hendaklah mengisi Borang BPDGA34 seperti di Lampiran C.
3.2. Borang
permohonan yang telah lengkap diisi dengan maklumat yang betul
hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan
melampirkan satu (1) salinan dokumen sokongan yang disahkan seperti
berikut:-
3.2.1. Kad Pengenalan;
3.2.2. Surat kenaikan pangkat ke Gred DGA32;
3.2.3. Kenyataan oleh Ketua Jabatan (seperti di Lampiran G); dan
3.2.4. Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi / Tabung Pendidikan (Lampiran E)
3.2.5. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang telah dikemaskini
4. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus seperti di para 2.1 dan 2.2 di atas sahaja yang layak memohon. Semua
pemohon diingatkan supaya mengisi borang permohonan dengan lengkap dan
betul, berserta dokumen sokongan yang disahkan seperti yang dikehendaki. Semua borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada urus setia Bahagian Pendidikan Khas sebelum atau pada 15 Februari 2013 (Jumaat).
5. Peranan Ketua Jabatan
5.1. Ketua Jabatan adalah dipohon untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:-
5.1.1. menghebahkan
dan memaklumkan urusan pemangkuan ini kepada semua calon di bawah
kawalan masing-masing berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan di para
3.1 dan 3.2 di atas;
5.1.2. menyemak serta memastikan ketetapan dan kesahihan maklumat yang diberikan oleh calon;
5.1.3. memastikan
hanya permohonan yang memenuhi syarat umum dan khusus seperti di para
2.1. dan 2.2 di atas sahaja dikemukakan kepada Unit Pengurusan Staf
Sekolah, Bahagian Pendidikan Khas.
5.2. Ketua Jabatan hendaklah memastikan calon-calon diperakukan kepada Bahagian Pendidikan Khas:
5.2.1. sanggup memegang jawatan kenaikan;
5.2.2. sanggup bertukar seperti diarahkan;
5.2.3. tidak berada dalam tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat kerana dikenakan hukuman tatatertib; dan
5.2.4. tidak berada dalam tempoh berdenda.
6. Ketua Jabatan adalah dipohon agar mengemukakan senarai calon yang lengkap pada tarikh yang ditetapkan. Senarai calon yang tidak lengkap atau lewat daripada tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
7. Sebarang
pertanyaan atau penjelasan lanjut mengenai perkara ini bolehlah dirujuk
kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab seperti berikut:-
Pn. Solehah bt Misron : 03-8884 9161
En. Sukiman Daud : 03-8884 9126
Pn. Fadzilah bt Johari : 03-8884 9165
8. Untuk
makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, urusan ini adalah
tertakluk kepada apa-apa semakan oleh kerajaan kepada terma dan syarat
perkhidmatan dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment