Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Dengan segala
hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan
melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
sebagai Guru Cemerlang di sekolah dan Pensyarah Cemerlang di Institut
Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM)
dan English Language Teaching Centre (ELTC) secara Khas
Untuk Penyandang (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2013. Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti telah diberi mandat untuk menjadi Urus Setia Induk
Penilaian Guru Camerlang dan Pensyarah Cemerlang 2013.
3.
Pemangkuan gred jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang yang ditawarkan
adalah seperti berikut:
PPP
|
Gred
Ditawarkan
|
Guru Sekolah
|
Gred Khas C,
DG54, DG52, DG44, DGA38, DGA34 & DGA32
|
Pensyarah
IPG
|
Gred Khas C
& DG48
|
Pensyarah
IAB / KM/
ELTC
|
Gred Khas C,
DG54 & DG52
|
Tarikh tutup
permohonan adalah pada hari Jumaat, 21 Jun 2013.
5. Perhatian
dan kerjasama pihak YBhg. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan adalah amat dihargai.
Sekian, terima
kasih.
No comments:
Post a Comment