Friday, July 18, 2014

CARA IBU BAPA MENDAPATKAN ID YES DAN KATA LALUAN

Langkah-langkah untuk mendapatkan ID Yes dan kata laluan adalah seperti berikut:


Langkah 1
Sila ke laman web
http://www.yes.my dan klik 1BestariNet.

Langkah 2
Klik Retrieve my 1BestariNet Yes ID.

Langkah 3
Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Kemudian klik cari (search).

Langkah 4
ID Yes akan dipaparkan.
Kemudian masukkan nombor telefon dan alamat emel.
Seterusnya klik kemaskini (update).

Langkah 5
Sila pilih salah satu medium (SMS atau emel) untuk mendapatkan kata laluan.
Kata laluan akan dihantar melalui SMS ataupun emel, bergantung kepada pilihan pengguna.

* Sekiranya ibu bapa/penjaga telah mengikuti langkah-langkah berikut tetapi tidak memperolehi ID Yes, tertera "ID 1BestariNet Ibu Bapa gagal ditemui" (1BestariNet Parent not found),
sila emelkan nama penuh dan nombor kad pengenalan kepada cba8025@moe.gov.my

No comments:

Post a Comment