Pada hari ini, seluruh murid SK Sungai Puteri telah mengikuti sesi cara memberus gigi dengan betul. Sesi ini dikendalikan oleh staf dari klinik pergigian Kuala Rompin. Murid-murid diajar cara yang betul semasa memberus gigi. Selain itu, murid-murid turut diberi pendedahan cara-cara menjaga gigi dengan betul termasuk makanan yang sesuai dengan gigi. Sesi ini dilakukan mengikut tahun demi tahun bermula dengan tahun 1 hingga tahun lima.
Pihak pengurusan SK Sungai Puteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Klinik Pergigian Kuala Rompin kerana sudi melaksanakan program ini setiap tahun.
No comments:
Post a Comment