Pihak pengurusan mengucapkan tahniah dan syabas kepada 15 orang calon UPSR 2014 yang memperoleh 5A pada P5 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Ogos 2014. Menurut Penyelaras Tahun 6 Puan Azizah Hassan, P5 ini merupakan penilaian terakhir yang diadakan sebelum calon UPSR SK Sungai Puteri ini menghadapi UPSR sebenar pada 9 hingga 11 September 2014 nanti. Menurut beliau lagi, pada P5 kali ini, jumlah memperoleh 5A bertambah 2 orang jika dibandingkan yang memperoleh 5A pada Percubaan UPSR yang lalu.
Diharapkan penambahan yang memperoleh 5A akan terus bertambah pada keputusan UPSR yang sebenar nanti.
No comments:
Post a Comment