Pada 29 Ogos 2014 (Jumaat) Ujian
PERMATA Pintar UKM2 telah diadakan di SK Sungai Puteri. Ujian PERMATA pintar
UKM2 adalah ujian saringan kedua Ujian saringan ini mempunyai 15 bahagian yang
menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk aspek perbendaharaan kata,
pencarian simbol, pengulangan nombor, pemadanan pola atau bentuk, pemahaman dan
koding.
Ia dibina dalam talian dan boleh dicapai dari laman web ini. Untuk
menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang
pertama iaitu: Ujian PERMATApintar UKM1. Hasil ujian saringan ini akan
dipaparkan mengikut kategori berikut:
(a) Indeks Pemahaman Lisan
(b) Indeks Penaakulan Persepsi
(c) Indeks Daya Ingatan Bekerja
(d) Indeks Kelajuan Memproses
Maklumat.
Program PERMATA pintar dan
PERMATA Insan ingin mengesan pelajar pintar cerdas semula jadi (nature) dan
dikembangkan (nurture) bakat mereka melalui program PERMATA pintar dan PERMATA
Insan, berkemampuan menguji minda pelajar.
Pada tahun ini seramai 18 orang pelajar dari seluruh daerah Rompin menduduki Ujian PERMATA Pintar UKM2. Muhammad Amir Aizat dari Kelas 5 Intelek merupakan satu-satunya murid dari SK Sungai Puteri yang berjaya menduduki ujian kedua ini.
No comments:
Post a Comment