السلام عليكم ورحمة الله dan salam sejahtera,
YBhg.
Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada
perkara di atas.
2.
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Bil. 8/2013 yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia bertarikh
1 November 2013 telah bersetuju dengan cadangan logo baharu KPM seperti di
Lampiran. Sehubungan dengan itu, semua
Ketua Jabatan di Bahagian/ Jabatan/ Unit adalah dipohon supaya mengambil
tindakan menyelaraskan papan tanda bangunan, papan tunjuk arah serta kenderaan
jabatan menggunakan logo baharu tersebut seperti yang telah diarahkan oleh
YBhg. Dato‘ TKSU(P) melalui surat Rujukan No. KPM.BKP.100-1/1/14 (30) bertarikh
13 Ogos 2013.
3.
Kerjasama segera pihak YBhg. Tan Sri/ Dato‘ Seri/ Datuk/ Dato‘/ Datin/
Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian,
terima kasih.
(HAJI AB LATIF BIN IBRAHIM)
Setiausaha
Bahagian
Bahagian
Khidmat Pengurusan (Sektor Pengajian Tinggi)
Kementerian
Pendidikan Malaysia
Tel: 03-8870 6100
Faks: 03-8870 6823
Emel: ablatif.ibrahim@moe.gov.my
No comments:
Post a Comment