Langkah 1 :
Taipkan google drive dalam kotak search di enjin pencari anda. Kemudian, klik butang Search.
Taipkan google drive dalam kotak search di enjin pencari anda. Kemudian, klik butang Search.
Langkah 2:
Setelah enjin pencari memaparkan hasil carian, klik pada link Google Drive seperti dalam gambar.
Langkah 3:
Isikan Yes ID dan juga password anda seperti yang telah diedarkan di sekolah. Klik Sign In.
Langkah 4:
Google akan menyatakan yang akaun drive anda adalah diurus tadbir oleh Yes. Oleh itu, anda perlu sekali lagi memasukkan Yes ID dan password dalam kotak dialog 1BestariNet seperti di bawah. Selepas itu, klik Login.

Langkah 5:
Selepas itu, anda akan dibawa ke akaun Google Drive anda. Perhatikan menu di sebelah kiri yang bertanda (1), pastikan Shared with Me adalah aktif. Jika tidak, sila klik padanya. Kemudian, klik pada link SKPM KOKURIKULUM 2013

Langkah 6:
Satu tab baru akan dibuka yang memaparkan satu spreadsheet (berbentuk Excel). Terdapat LIMA sheet/helaian pada fail tersebut iaitu PANDUAN, PENGLIBATAN MURID, GRED PENCAPAIAN IKUT UNIT, PENCAPAIAN MURID TAHUN SEMASA DAN GRED PURATA.
Hanya sheet PENGLIBATAN MURID diisi.
Contohnya,
- jika anda adalah Guru Pemimpin bagi BADAN BERUNIFORM, key in pada BADAN BERUNIFORM berwarna jingga/oren
- jika anda adalah Guru Pemimpin bagi KELAB DAN PERSATUAN, key in pada KELAB DAN PERSATUAN berwarna Kuning
- jika anda adalah Guru Pemimpin bagi SUKAN DAN PERMAINAN, key in pada SUKAN DAN PERMAINAN berwarna Biru
NOTA PENTING :
- Jawatan disandang murid - sila pilih minimum sebagai Ahli Aktif
- Peringkat PENGLIBATAN dan PENCAPAIAN - nilai default ialah Sekolah dan Penyertaan Sekolah. Guru yang membawa murid ke pertandingan adalah BERTANGGUNGJAWAB untuk mengisi medan ini.
- Jika murid menyertai lebih daripada satu pertandingan, guru yang mengiringi murid tersebut ke peringkat TERTINGGI perlu mengisi medan ini.
- Pengisian markah ini tidak perlu diSAVE kerana ianya adalah autosave.
No comments:
Post a Comment