Pada 23 Januari 2014 majlis penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia [BKAP1M] oleh pengurusan SK Sungai Puteri telah dilangsungkan pada pukul 3:00 petang di Ruang Terbuka.
Walaupun setiap kaunter yang dibuka mengikut tahun persekolahan diserbu oleh ibubapa dan penjaga murid SK Sungai Puteri, namum pengagihan berjalan dengan lancar.Walaupun terpaksa beratur panjang, kerjasama dan kesabaran yang ditunjukkan oleh para ibubapa dan penjaga melicinkan lagi pengagihan bantuan ini.
Menurut Puan Hamidah binti Saad, GPK Hal Ehwal Murid SK Sungai Puteri, jumlah wang yang diagihkan kepada setiap ibubapa dan penjaga pada tahun 2014 ini ialah RM 47,400. Perancangan dan penelitian yang rapi telah dilaksanakan bagi memastikan tiada ibubapa dan penjaga yang tidak mendapatkan BKAP1M ini.
Pihak pengurusan SK Sungai Puteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan satu lagi amanat yang diberikan oleh pihak kerajaan.
No comments:
Post a Comment