Apa itu SISC?
Program SISC ataupun juga dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
sejak awal tahun 2011. Guru-guru yang terpilih (sebahagian besarnya
adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang) telah diberikan latihan dalam
bentuk kursus kepada "master coachees".
Guru-guru
yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk
memantau sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band
6 dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau
sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenalpasti permasalahan yang
dihadapi oleh sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan
yang boleh dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir
dan guru-guru sekolah.
Program
ini telah diadakan secara berperingkat, dengan 2 negeri perintis telah
dimulakan di Kedah dan Sabah pada tahun 2011. Atas keberkesanan program
SISC yang telah dijalankan, maka jawatan SISC+ akan diwujudkan mulai
tahun 2013, dengan pelaksanaan nya adalah merangkumi seluruh negara.
Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan
ditempatkan sepenuh masa di PPD, tapi tidak akan terlibat langsung
dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau
sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi
diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga
bermesyuarat.
Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang
tugas mereka adalah utk membimbing guru dlm aspek pedagogi, PBS,KSSR dan
sbg penghubung terus pihak Kementerian dgn sekolah. SIP+ pula berfungsi untuk membimbing Pengetua/ GB dan pengurusan sekolah.
Bidang Tugas SISC
1. Membina hubungan dengan guru dan membimbing guru di sekolah
2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang amat diperlukan oleh guru
3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah
Download Maklumat SISC+ dan FAQ
Download Brosur SISC+
Download Brosur SIPartner+
Faedah Yang Diterima oleh SISC
1. Peningkatan peluang untuk impak
Anda
akan membina hubungan khusus dengan ~20 guru. Dengan membimbing 20
guru, anda boleh meningkatkan kualiti pengajaran sebanyak 20 kali ganda
berbanding dengan seorang guru biasa
2.
Pendidik yang terbaik tidak akan keluar dari sekolah untuk menjadi
pentadbir – peranan anda adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran.
Selaku
SISC+, anda akan menghabiskan sekurang-kurangnya 80% daripada masa anda
bekerja dengan guru, bukannya untuk mengumpul data atau mengisi borang
3. Masa bimbingan berkualiti
Pertumbuhan profesional yang tidak dapat ditandingi
Program
latihan yang boleh diakses sebanyak 15 hingga 20 hari dalam setahun. Di
samping itu, anda akan diberi seorang Jurulatih Utama Peribadi yang
akan bekerja bersama anda di PPD untuk membantu anda menjadi seorang
pembimbing
4. Laluan kerjaya yang dipercepat
Selaku pendidik yang terbaik, SISC+ menikmati kemajuan kerjaya yang pesat melalui laluan kerjaya Cemerlang baharu *sedang dibangunkan dan dimuktamadkan
Syarat Memohon SISC
- Mempunyai pengalaman mengajar dalam subjek sekurang-kurangnya 5 tahun
- Berpengetahuan dalam subjek dan pedagogi serta memiliki BScEd/ BA(Ed)/ B.Sc dengan Dip Edu/ B.A dengan Dip Edu.
- Mengajar subjek pilihan utama (major/minor)
- Menunjukkan kemahiran pengajaran yang cemerlang
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan insaniah yang baik
- Bersedia untuk belajar dan mencuba cara dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terbaru dan inovatif
Download Maklumat SISC+ dan FAQ
Download Brosur SISC+
Download Brosur SIPartner+
Bagaimana untuk Memohon SISC?
Jika
anda ingin memohon atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi PPD
berhampiran. Tiada tarikh tutup disertakan, bermaksud boleh dikemukakan
pada bila-bila masa sahaja.
Download Borang Permohonan SISC+
Download Borang Permohonan SIPartner+
No comments:
Post a Comment