Semua Guru Besar hendaklah memastikan guru-guru di bawah
seliaannya yang telah mengisi permohonan pertukaran secara ’online’ e-GTukar
bagi Sesi Januari 2015 menyerahkan borang permohonan yang telah dicetak dan
ditandatangan kepada pihak pengurusan sekolah. Tindakan tunjuk sebab boleh
dikenakan oleh Guru Besar kepada guru-guru yang gagal menyerahkan borang
permohonan masing-masing beserta dengan dokumen sokongan selewat-lewatnya pada
30 September 2014. Pihak pengurusan sekolah perlu melaksanakan tindakan yang
berikut bagi memastikan kelicinan
pengurusan ’online’ ini berjalan lancar.
- Mengesahkan permohonan sama ada menyokong atau tidak menyokong beserta dengan ulasan bertaip (wajib ada) sebaik-baiknya sebelum atau pada 30 September 2014.
- Memastikan perakuan sama ada seseorang guru itu masih terikat dengan Perjanjian Latihan Berasaskan Sekolah* (LPBS) atau status tindakan tatatertib yang sedang dikenakan ke atas seseorang guru.
- Mencetak Senarai Sepadu Pengesah selepas tarikh tindakan pengesahan berakhir, iaitu bermula pada 02 Oktober 2014.
- Menghantar 2 salinan muka surat akhir Borang Permohonan Guru beserta dokumen-dokumen sokongan dan Senarai Sepadu Pengesah dengan mengemukakan surat iringan ke PPD berkenaan selewat-lewatnya pada 10 Oktober 2014 (U.P Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah).
- Adalah diingatkan bahawa Guru Besar perlu login e-GTukar secara berasingan bagi proses Pengesahan Permohonan Guru dan mencetak Senarai Sepadu Pengesah. Ini kerana tarikh akhir pengesahan ialah pada 02 Oktober 2014. Manakala proses cetakan Senarai Sepadu Pengesah hanya boleh dibuat bermula pada 03 Oktober 2014.
*Catatan:
Hanya Guru j-QAF Ambilan Tahun 2011 yang dilantik ke jawatan
tetap sebagai PPPS pada 16 Mac 2013 sahaja yang masih terikat dengan Perjanjian
LPBS.
No comments:
Post a Comment