SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Monday, October 20, 2014

GOTONG-ROYONG PRAUNGGUL

Pada 18 Oktober 2014, Prasekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama ibubapa dan penjaga untuk kelas PraUnggul. Aktiviti gotong-royong ini diadakan untuk menceriakan prasekolah ini bagi menghadapi pemantauan untuk Anugerah Kelas Prasekolah 2015. 

Menurut guru prasekolah Unggul, sambutan daripada ibu bapa dan penjaga amat menggalakkan kerana mereka bersemangat untuk melihat kejayaan prasekolah ini. Pelbagai perkara dilakukan untuk menceriakan prasekolah ini seperti melukis mural, menanam pokok orkid, menanam pokok pandan, serai, lada dan sebagainya. Selain itu penggunaan bahan-bahan buangan seperti taya dan mangkuk kertas turut digunakan untuk membuat kraftangan seperti cendawan dan katak.

"Saya hadir ke aktiviti gotong-royong kerana rasa tanggungjawab pada pendidikan anak saya di prasekolah ini. Saya berharap prasekolah ini akan berjaya dalam pertandingan itu nanti dan andai tidak berjaya sekurang-kurangnya murid-murid prasekolah ini belajar dalam suasana yang ceria dan kondusif", jelas En. Zamri yang merupakan salah seorang bapa yang hadir ke aktiviti gotong-royong ini.

Pn. Mastura Mustafa, Guru Prasekolah Unggul mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta penglibatan pihak sekolah terutama pihak pentadbiran dan guru-guru yang bukan sahaja turut serta dalam aktiviti ini tetapi menyumbang idea dalam usaha menceriakan prasekolah unggul ini.

Semoga usaha yang dilakukan ini memperoleh kejayaan seperti yang dihasratkan.

No comments:

Post a Comment