Pada 20 Oktober 2014, Panitia Bahasa Melayu SK Sungai Puteri telah mengadakan LADAP bagi menerangkan berkaitan DSKP KSSR BM Tahun 5. LADAP ini telah disampaikan oleh Puan Hasbi binti Sapian yang telah mengikuti sesi penerangan peringkat daerah di SMK Muadzam Jaya sebelum itu. Pelbagai dapatan baru disampaikan seperti penggunaan Peta Pemikiran di dalam i-Think, penulisan rancangan mengajar harian dan sebagainya.
Menurut Pn. Hasbi binti Sapian tujuan LADAP ini diadakan awal untuk memberi ruang kepada para guru BM SK Sungai Puteri mendapat gambar awal yang jelas sebelum dilaksanakan pada tahun 2015 nanti.
Rata-rata ahli panitia BM SK Sungai Puteri memahami setiap yang disampaikan oleh fasilitator. "Penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu merupakan sesuatu yang baru kerana sebelum-sebelum ini tiada penggunaan bahan grafik yang khusus untuk mengajar Bahasa Melayu," jelas Pn. Norhayati Abdul Rahim.
No comments:
Post a Comment