Friday, November 9, 2012

HARI BERTEMU PELANGGAN

Pada 9 November 2012, pihak pengurusan SK Sungai Puteri telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan bagi murid Tahun 3 hingga Tahun 5. Program ini diadakan bagi memberi ruang kepada ibubapa dan penjaga murid-murid  SK Sungai Puteri mendapatkan maklumat kemajuan anak masing-masing sepanjang sesi persekolahan 2012. 

Disamping mendapatkan maklumat berkaitan prestasi anak masing-masing, ibubapa dan penjaga telah diberikan pendedahan kepada KSSR yang telah dijalankan di semua sekolah di Malaysia yang bermula pada tahun 2011. Pendedahan berkaitan KSSR ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Said, Guru Besar SK Sungai Puteri dan Puan Asmah binti Idris, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Satu sesi dialog turut diadakan berkaitan KSSR supaya apa yang bersirat difikiran ibubapa dan penjaga terukai. Rata-rata ibubapa dan penjaga yang ditemui berasa amat berterima kasih di atas usaha yang dilakukan pihak sekolah berkaitan KSSR ini memandangkan ramai yang berasa seperti satu keganjilan apabila anak-anak mereka di Tahun 1 dan Tahun 2 tidak menduduki peperiksaan seperti mana dulu.

sesi penerangan KSSR

Tuan Guru Besar menyampaikan penerangan KSSR

Ibubapa dan Penjaga bertemu para guru untuk melihat prestasi anak masing-masing

No comments:

Post a Comment