Friday, November 9, 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN



Pada 6 November 2012, Kelab Guru dan Staf SK Sungai Puteri telah mengadakan jamuan akhir tahun. Rompin Beach Resort menjadi destinasi majlis kali ini. Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan semua guru dan staf sepanjang sesi persekolahan 2012 kepada SK Sungai Puteri. Selain itu juga, majlis bertujuan meraikan Ustazah Nur Aisyah bin Abdullah yang akan bertukar ke SK Chenor pada sesi persekolahan 2013. Majlis turut meraikan kenaikan pangkat Encik Zulfikri bin Ismail dan Encik Rusdi bin Arifin sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Tekek dan SK Kampong Kolam. 

Majlis bermula sekitar jam 8:15 malam dengan acara bergambar bagi guru dan staf sebelum Ustaz Mohd Asmawi bin Daud membacakan doa untuk memberkati majlis ini. Selesai  bacaan doa, para tetamu, guru-guru dan staf menjamu selera. Setelah menjamu selera Encik Mohd Rosli bin Abdullah selaku pengerusi majlis menjemput Tuan Haji Ismail bin Mohd Said dan Encik Saiffuzzaman bin Abd Aziz (Pengerusi Kelab Guru dan Staf) untuk menyampaikan ucapan masing-masing. Sebaik sahaja selesai ucapan acara penyampaian hadiah kepada guru-guru yang akan bertukar dan dinaikkan pangkat diadakan. Tayangan slide show turut dipancarkan untuk kesemua guru yang bakal meninggalkan SK Sungai Puteri. 

Pada majlis ini juga semua guru dan staf menerima hadiah masing-masing. Majlis turut dimeriahkan dengan acara pakaian beragam untuk anak-anak guru dan staf SK Sungai Puteri. Pelbagai gelagat dapat dilihat sewaktu anak-anak ini berada di atas pentas. Sebelum majlis berakhir, acara cabutan bertuah diadakan.  
Semoga pada tahun hadapan majlis yang lebih meriah dapat diadakan. InsyaAllah....

Lihat Gambar - KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment