SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, September 29, 2009

MAJLIS PERSARAAN MANTAN GPK PENTADBIRAN

Detik-detik perpisahan yang memilukan....

PUAN HAJAH KHADIJAH BINTI ABDUL AZIZ
TARIKH: 17 SEPT. 2009 (KHAMIS)
TEMPAT: DEWAN TUN FATIMAH, SK SG. PUTERI
MASA: 11.30 PAGI


Majlis Persaraan Puan Hajah Khadijah Bt. Abdul Aziz telah diadakan di Dewan Tun Fatimah, SK Sg. Puteri pada 17 September 2009 (Khamis) jam 10.30 pagi.

Majlis ini terlebih dahulu dimulakan dengan Puan Hajah Khadijah binti Abdul Aziz menandatangani buku kehadiran buat kali terakhir dengan disaksikan oleh Puan Guru Besar SK Sungai Puteri. Kemudian beliau telah diarak ke Dewan Tun Fatimah dengan diiringi bunga mangar dan paluan kompang. Kelihatan sepanjang perjalanan beliau menuju ke Dewan Tun Fatimah, Puan Hajah Khadijah mengalir air matanya yang jarang mengalir sepanjang beliau bertugas di SK Sungai Puteri.


Setibanya beliau di Dewan Tun Fatimah, beliau telah menerima tepukan yang gemuruh dari para murid SK Sungai Puteri. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Daud. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil pelajar, wakil guru dan Pn. Noaizan binti Jamaludin, Guru Besar SK Sungai Puteri.


Puan Hajah Khadijah binti Abdul Aziz turut diminta memberikan ucapan terakhir sebelum beliau meninggalkan SK Sungai Puteri ini. Suasana bertambah pilu apabila Pn. Rohana binti Mohd Nanyan membacakan bibliografi Puan Hajah Khadijah binti Abdul Aziz. Ketika inilah kelihatan para guru mengalirkan air mata kesedihan.


Majlis diteruskan lagi dengan pemberian cendera mata daripada Kelab Guru, guru-guru secara peribadi dan murid-murid.


Majlis diakhiri dengan bersalaman beramai-ramai dengan para guru dan murid SK Sungai Puteri sehingga beliau memasuki kenderaan sambil melambai lambaian terakhir kepada semua.


Berikut adalah sedikit gambar untuk titipan semua warga Sekolah khususnya dan orang ramai amnya:-







No comments:

Post a Comment