SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, November 1, 2012

PROGRAM MEWARNA POSTER ANTI DADAH

SK Sungai Puteri telah menjadi tuan rumah Program Mewarna Poster Anti Dadah Peringkat Daerah Rompin pada tahun ini. Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Rompin dan Agensi Dadah Kebangsaan Cawangan Kuala Rompin. Program ini disertai oleh murid-murid prasekolah dari tiga buah sekolah iaitu SK Rompin, SK Kampong Kolam dan SK Sungai Puteri. Setiap sekolah diminta menghantar 20 orang murid. 
Walaupun program ini berjalan dalam suasana serba sederhana tetapi ianya cukup meriah dengan telatah murid-murid prasekolah sewaktu mewarna. Sesungguhnya program seumpama ini wajar diadakan bagi menyemai kesedaran bahayanya dadah kepada rakyat Malaysia. Murid-murid yang berjaya diberikan hadiah sebagai penghargaan.


LIHAT GAMBAR - KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment