SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, December 25, 2012

BANJIR DI KUANTAN

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Terkini! Gambar Dan Video Banjir Kilat Di Kuantan Pahang Disember 2012 | Hujan yang turun pada awal pagi lebih daripada lima jam telah menyebabkan Kuantan dilanda salah satu daripada banjir terburuk dalam beberapa dekad ini dan menjadikan bandar ini mengalami kesesakan jalan raya di jalan-jalan utama yang dinaiki air sedalam 1.5 meter.
Pada hari Isnin lalu, lebih 300 penduduk dari beberapa kawasan di Bandar Kuantan terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat bantuan. Manakala, di sesetengah kawasan, kereta telah terkandas dan menyaksikan kesesakan lalu lintas yang serius di Kuantan.
Antara jalan yang ditenggelami banjir sehingga 3 petang Isnin adalah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.
Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kebanyakan sistem perparitan yang sedia ada didapati terlalu sempit dan sudah usang menyebabkan ia tidak dapat menampung air hujan sehingga ia melimpah dan mengakibatkan banjir kilat di sekitar pusat bandar.
Berikut laporan dari Bernama:
"Ketika saya terbang tadi (dengan helikopter) buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat.

"Tapi saya perhatikan banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh nak keluar. Saya harap kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran dapat kaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan ini,"

Sementara itu, Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhamad Safian Ismail berkata setakat 5 petang, seramai 594 mangsa banjir di negeri ini telah ditempatkan di enam buah pusat pemindahan iaitu empat di Kuantan dan masing-masing sebuah di Pekan dan Rompin.
Di Kuantan, selain SK Galing, seramai 77 orang mangsa banjir ditempatkan di SK Cenderawasih, Sekolah Menengah Pandan (93 orang) dan Balai Raya Tanjung Lumpur (20 orang).
Manakala di Pekan, seramai 66 orang mangsa ditempatkan di SK Sungai Miang dan di daerah Rompin seramai 36 mangsa ditempatkan di Balai Raya Lintang.
Kemaskini Terkini: 25 Disember / 12.00 tengahhari
Hanya tinggal satu jalan sahaja yang dit utup untuk kesemua jenis kenderaan iaitu di KM 29 Jalan Sungai Lembing - Kuantan
Menurut laporan dari Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebanyak 12 pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu 10 di Kuantan dan masing-masing satu di Rompin dan Pekan. Manakala seramai 1806 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012:

No comments:

Post a Comment