SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Sunday, October 4, 2009

SAMBUTAN AIDILFITI PERINGKAT SEKOLAH

Pada 2 Oktober 2009, seluruh warga SK Sungai Puteri telah mengadakan sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan dalam suasana kesederhanaan tetapi penuh dengan kemeriahan.
Semua murid telah memakai pakaian raya masing-masing. Terpancar kegembiraan di wajah mereka. Tidak kurang juga para guru yang melaram dengan pakaian raya baru mereka pada tahun ini.
Banyak juadah telah dibawa oleh murid-murid dan para guru sama ada kuih tradisional mahupun moden. Tidak kurang juga terdapat makanan yang paling digemari oleh setiap kanak-kanak di muka bumi ini disediakan iaitu gula-gula. Ketika inilah kelihatan murid mahupun guru mengambil kesempatan untuk makan apa sahaja juadah yang disediakan walaupun perut masing-masing telah kenyang. (balas dendam selepas Ramadhan).
Keadaan bertambah meriah apabila murid-murid dan para guru saling kunjung-mengunjung setiap kelas. Walaupun tiada angpau disediakan, namun apa yang penting penerapan semangat kunjung-mengunjung dan maaf bermaafan itulah yang diutamakan dalam penganjuran sambutan adilfitri ini.
Ruang udara SK Sungai Puteri diselubungi dengan dendangan lagu-lagu hari raya dulu dan sekarang.
Kelihatan juga sebilangan murid mengambil kesempatan untuk mengabdikan kenangan mereka dengan mengambil gambar terutama di kalangan murid Tahun 6 yang akan meninggalkan SK Sungai Puteri ini pada tahun hadapan.

Apa pun sambutan raya peringkat sekolah pada kali ini penuh keriangan. Gambar sekitar Sambutan Aidilfiti peringkat sekolah di http://sksgputeri.fotopages.com/

No comments:

Post a Comment