SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, November 6, 2009

MAJLIS PENUTUPAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Pada 6 November 2009, SK Sungai Puteri telah mengadakan Majlis Penutupan Kem Membaca 1 Malaysia. Majlis ini telah diadakan di Dewan Tun Fatimah. Majlis ini diadakan bagi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang sepanjang berlangsungnya Kem Membaca 1 Malaysia.

Majlis yang bermula dengan ketibaan Guru Besar SK Sungai Puteri, Pn. Noaizan binti Jamaludin yang telah diarak dengan penuh meriah ke Dewan Tun Fatimah. Majlis diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu. Kemudian diikuti bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Asmawi bin Mohd Daud.

Majlis diteruskan lagi dengan deklamasikan sajak. Apa yang menarik mengenai sajak ini ialah ianya dihasilkan oleh Muhammad Izzudin bin Sulaiman yang telah memenangi tempat ketiga peringkat kebangsaan sempena pertandingan mencipta sajak sempenan bulan membaca.

Majlis diserikan lagi dengan pertandingan berbalas pantun yang dipersembahkan oleh para guru. Acara ini menarik minat para pelajar kerana mereka dapat melihat telatah guru mereka berbalas pantun.

Seterusnya persembahan koir murid-murid tahun 6 dengan lagu Satu Malaysia dan Bahasa Jiwa Bangsa.

Sebelum acara diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Sungai Puteri, acara penyampaian hadiah untuk para pemenang bagi aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program Bulan Membaca 1 Malaysia.
gambar sepanjang aktiviti di http://sksgputeri.fotopages.com

No comments:

Post a Comment