SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, January 27, 2010

KEGIATAN KOKURIKULUM 2010

Pada 27 Januari 2010, buat pertama kalinya aktiviti kokurikulum diadakan bagi sesi persekolahan 2010. Kelewatan melaksanakan aktiviti kokurikulum berbanding tahun-tahun sebelum ini adalah disebabkan SK Sungai Puteri menunggu kehadiran GPK Kokurikulum yang baru bagi menggantikan Encik Mahizan bin Abdul Aziz yang bertukar ke SK Selendang 4.
Satu perubahan telah dibuat oleh GPK Kokurikulum yang baru, Puan Mazlah di mana kalau sebelum ini aktiviti kokurikulum diadakan pada hari Selasa dan Rabu tetapi pada tahun ini hanya diadakan pada hari Rabu bermula 4:00 hingga 6:00 petang yang melibatkan Persatuan/Kelab, Permainan dan Unit beruniform.
Kehadiran daripada murid-murid amat menggalakkan terutama murid-murid Tahun 4 yang kali pertama merasai kegiatan kokurikulum.

No comments:

Post a Comment