SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, January 20, 2010

Persiapan Majlis Kecemerlangan SK Sungai Puteri


Pada petang 20 Januari 2010, kerjasama di antara ibubapa dan guru telah menjayakan persiapan bagi mengadakan Majlis Kecemerlangan SK Sungai Puteri pada 21 Januari 2010. Walaupun menghadapi kekangan masa serta tugasan yang perlu dilaksanakan, namun semua itu berjaya di atasi apabila guru dan ibubapa dapat mengagihkan kerja dengan teliti dan bijaksana. Tidak hairanlah dalam jangka masa 4 jam semua kerja dapat dihabiskan. Antara kerja yang dilakukan pada petang itu seperti memasang khemah, menyiapkan meja para VIP, memotong daging, sayur-sayuran, bawang, pinggan mangkuk dan sebagainya.
Benarlah kata pepatah orang dulu-dulu, berat sama dipikul ringan sama dijinjing; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

No comments:

Post a Comment