SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, April 1, 2010

Keputusan Perlawanan Persahabatan



Perlawanan persahabatan bola sepak di antara SK Sungai Puteri dengan SK Pontian bersudahan dengan seri. Kelihatan para pemain SK Sungai Puteri amat keletihan memandangkan mereka berjuang dengan hanya seorang sahaja pemain simpanan sebagai pemain yang akan mengantikan rakan yang semput.
Berbanding dengan SK Pontian mereka mempunyai cukup pemain yang boleh silih berganti bertukar-tukar apabila ada pemain mereka yang semput. Tambahan pula mereka turut mendapat sentuhan daripada pegawai keselamatan sekolah mereka yang begitu bertenaga. Gol-gol SK Sungai Puteri dijaringkan pada separuh masa yang pertama oleh Cikgu Rosli di minit 13 dan minit 22. Manakala gol-gol SK Pontian dijaringkan pada separuh masa kedua. Kesimpulannya, perlawanan persahabatan ini dapat mengeratkan lagi tali siraturarahim antara kedua-dua buah sekolah ini. Keputusan perlawanan bukanlah dipentingkan sangat, yang menjadi objektif hanyalah untuk menghilangkan tekanan dan BERGEMBIRA.

No comments:

Post a Comment