SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Sunday, April 25, 2010

Program Asas Kemahiran Fizikal PJK Prasekolah



Pada 24 April 2010, SK Sungai Puteri telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Program Asas Kemahiran Fizikal Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Prasekolah Kelompok Rompin Pantai 2010. Objektif program ini supaya murid dapat memahami dan merasai permainan berkumpulan yang melibatkan intgrasi kaum. Selain itu program ini menyediakan asas pergerakan bagi kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor murid melalui aktiviti yang diikuti. Program ini juga memupuk minat bersukan dan gaya hidup cergas.
Sekolah-sekolah yang menyertai program ini ialah SK Sungai Puteri, SK Leban Chondong, SJK Cina Rompin, SK Rompin, SK Kampung Kolam, SK Selendang 1, SK Selendang 4, SK Sungai Mok, SK Pontian, SK Janglau, SK Tanjong Gemok, SK Sarang Tiong, SK Pianggu dan SK Denai. Program ini berjalan dengan cukup meriah walaupun iannya merupakan kali pertama dianjurkan.
SK Kampong Kolam muncul Johan untuk edisi sulung ini. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Encik Hassan bin Ahmad, Penyelia Prasekolah Daerah Rompin.

No comments:

Post a Comment