SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, May 19, 2010

Kumpulan Nasyid


Kumpulan Nasyid SK Sungai Puteri turut memberikan persembahan sempena Sambutan Hari Guru. Kumpulan ini di bawah dibimbing Ustazah Wafirah dan Ustazah Muzainah serta dibantu oleh Encik Mohd Irwan.
Persembahan kumpulan ini di Sambutan Hari Guru sedikit sebanyak mengubat perasaan mereka apabila hasrat asal mereka untuk menyertai Pertandingan Nasyid peringkat kelompok tidak kesampaian sepertimana tahun-tahun terdahulu di atas sebab kegawatan ekonomi.
Walaupun begitu semangat mereka tidak patah kerana mereka telah memberikan persembahan yang cukup mantap di Sambutan Hari Guru SK Sungai Puteri.

Diharapkan kumpulan ini akan lebih berjaya pada masa hadapan walaupun anggota silih berganti ekoran menyambung pelajaran di peringkat menengah.

No comments:

Post a Comment