SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, August 4, 2010

Pelancaran Pertandingan Mengibarkan Jalur Gemilang



SK Sungai Puteri- Satu Majlis Pelancaran Pertandingan Mengibarkan Jalur Gemilang telah dilaksanakan pada 4 Ogos 2010 di Dataran Perhimpunan oleh GPK Pentadbiran Pn. Latipah bt Abd Ghani.
Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar oleh Ketua Murid, Ahmad Fahmi Afiq bin Mohd Ghauth. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Jalur Gemilang kepada semua guru kelas oleh GPK Pentadbiran. Selesai sahaja penyampaian Jalur Gemilang,majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu Jalur Gemilang oleh semua murid dan guru sambil diketuai murid Kelas 5 Jauhari.
Menurut penyelaras program ini, Pn. Norhayati binti Abdul Rahim, pertandingan ini diadakan untuk menyemaikan semangat patriotisme di kalangan murid di samping menerapkan unsur kreativiti murid dalam menghiasi kelas masing-masing menggunakan Jalur Gemilang. Menurut beliau lagi pertandingan ini berlangsung selama 1 bulan dari tarikh pelancarannya.

No comments:

Post a Comment