SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, October 29, 2010

INDAHNYA PENDERITAAN

“ Sesungguhnya jika allah mencintai seorang hamba maka dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barang siapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangnya…”

“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang aku,maka sesungguhnya aku dekat,aku memperkenankan permintaan orang yang meminta,apabila ia meminta kepadaku…oleh sebab itu,perkenanlah seruanku dan berimanlah kepadaku,supaya mereka menempuh jalan yang lurus” (al-baqarah: ayat 186)

Dua patah perkataan yang mengubah hidup anda dengan kehendak Allah S.W.T iaitu :

“special request” :-

Ditujukan kepada orang yang bernasib malang,atau orang yang Kemalangan,atau orang yang menderita, dan yang semakna dengannya, Manakala perubahan kepada dunia bermaksud perubahan dalam minda memurnikannya… akan bagaimana anda memandang nasib malang dengan cara

lalu timbul persoalan….

Request dari siapa?

“Dari Allah..”

Sebab?

“Dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji” (Al Ankabut: Ayat 2)

Apa yang Allah request?

“Sabar,redha,dan sangka baik…”

Jika tidak?

“Hidup akan menderita, sakit jiwa, ganguan saraf, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin akan bunuh diri…dan akhirnya di akhirat pula kena masuk neraka…”

Apa yang special?

“special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk di uji, bukan semua orang dapat…, dan special sebab bila kamu penuhi request ini hati akan tenang, hidup akan bahagia dan bila mati masuk syurga..dengan rahmat Allah S.W.T”

Baiklah, untuk memudahkan kamu senang macam ini…

Special request bermaksud:-

Janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji, dan kerana itu allah menguji kamu, kerana Allah ssayang kepada kamu, keraana kamu ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya..kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kamu dari azab api neraka yang panas membara dan beginilah caranya untuk masukkan kamu ke dalam syurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?

“Wahai tuhan kami,terimalah daripada kami (amalan kami) : Sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.” (Al Baqarah: ayat 127)

“Wahai tuhan kami,jadikanlah kami berdua: orang-orang islam (yang berserah diri) kepadaMU, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat islam (yang berserah diri) kepadaMU, dan tunjukkan kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya engkaulah maha penerima taubat, lagi maha mengasihani.” (Al Baqarah: ayat 128)

“Wahai tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.” (Al Baqarah: ayat 201)

“Wahai tuhan kami, limpahkanlah kesabaran keatas kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al Baqarah: ayat 250)

“Wahai tuhan kami,janganlah engkau hokum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya tuhan kami,janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al Baqarah: ayat 286)

“Wahai tuhan kami, janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMU; Sesungguhnya engkau jualah tuhan yang melimpah-limpah pemberianNYA.” (Aali ‘imran: ayat 8)

“Wahai tuhan kami, sesungguhnya engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan) pada suatu hati (hari kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNYA.” (Aali ‘imran: ayat 9)

“wahai tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.” (Aali ‘Imran: ayat 16)

“Wahai tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMU; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMU dan kebenaran rasulMU.” (Aali ‘Imran: ayat 53)

“Wahai tuhan kami,ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.” (Aali ‘Imran: ayat 147)

“Wahai tuhan kami, tiadalah engkau mencipta ini dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Aali ‘Imran: ayat 191)

“Wahai tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan –kesalahan kami, dan wakafkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.” (Aali ‘Imran: ayat 193)

“Wahai tuhan kami,berikanlah kepada kami pahala yang telah engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMU, dan janganlah engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya engkau tidak memungkiri janji.” (Aali ‘Imran: ayat 194)

“Wahai tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad S.A.W).” (Al-Maa’idah: ayat 83)


P/S:

- Semoga kite semua berada dalam limpah rahmatnya,dan sentiasa terpelihara dari melakukan kemungkaran. “AMAL MA’ARUF NAHI MUNGKAR” dan janganlah kita malu untuk mengucap SYAHADAH kalau ingin mendambakan SYAHID FISABILILLAH.

- Kepada INSPIRASI HATI semoga cinta kita mendapat keredhaan allah, membawa kita kearah jalan yang diredhaiNYA. “MELAKAR CINTA DUNIA MEMBAWA KE SYURGA,INSYAALLAH….”

No comments:

Post a Comment