SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, November 30, 2010

SGM OFFLINE

Instrumen SGM secara Online pada masa kini tidak boleh diakses kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pihak Bahagian Pendidikan Guru, mohon maaf diatas kesukaran yang dialami.

Para pengguna digalakkan menggunakan instrumen SGM secara offline yang boleh dimuat turun daripada Link (Instrumen (SGM)). Instrumen secara ofline dibangunkan menggunakan aplikasi excel. Oleh yang demikian komputer yang digunakan seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya perisian Microsoft Excel untuk melaksanakan instrumen secara offline.

Instrumen yang telah dilengkapkan boleh diemail terus kepada penyelaras teknikal SGM di alamat email berikut : sgm.offline@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Pengguna diminta memasukkan : Nama & No KP diruangan Nama dan masukkan Kod Sekolah dan alamat di diruangan Alamat.


INSTRUMEN SGM

Instrumen SGM Online

Instrumen SGM secara Online pada masakini ditutup untuk tujuan penyelenggaraan Harap maaf. Pengguna boleh menggunakan Instrumen SGM secara Ofline.

Instrumen SGM Ofline

Instrumen secara Ofline juga boleh dilaksanakan dengan menjawab soalan-soalan menerusi (klik disini untuk muat turun sgm_ofline.xls). Fail tersebut boleh dimuat turun daripada portal ini dan pindahkan ke komputer anda. Pengguna fail ini perlu buat sedikit konfigurasi pada aplikasi excel sebelum menggunakan fail ini. Klik pada tab (Security Setting) untuk kaedah konfigurasi

Instrumen ini dibangunkan bagi membolehkan semua Pengurusan Pendidikan Guru, Warga Pendidik dan bakal guru menilai secara kendiri perkara-perkara yang berkaitan Standard Guru Malaysia terhadap diri masing-masing. Pengguna perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan seikhlas mungkin bagi memberi penilaian yang tepat terhadap tahap standard keguruan masing-masing.

Manual Instrumen

Instrumen SGM berskala Likert 4 mata yang diberi nilai
• 1 untuk sangat lemah,
• 2 untuk lemah,
• 3 untuk baik, dan
• 4 untuk cemerlang

1. Sangat lemah

• Pencapaian fungsi utama secara tekal tidak mencapai tahap standard dan sangat memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lemah.

2. Lemah

• Pencapaian fungsi utama kadangkala tidak mencapai tahap standard dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap baik.

3. Baik

•Pencapaian fungsi utama secara tekal mencapai tahap standard yang dihasratkan dan sedikit penambahbaikan dapat mencapai tahap cemerlang.

4. Cemerlang

•Pencapaian fungsi utama secara tekal menepati tahap standard yang dihasratkan.

Terdapat : 70 Soalan dalam Instrumen SGM secara Ofline.

Standard 1 -Amalan Nilai Profesional Keguruan - Terbahagi kepada 3 Domain iaitu : (26 Soalan)

  1. DOMAIN DIRI - 14 Soalan
  2. DOMAIN PROFESIONAL - 7 Soalan
  3. DOMAIN SOSIAL - 5 Soalan

Standard 2 -Pengetahuan dan Kefahaman - Terbahagi kepada 8 Domain iaitu : (20 Soalan)

  1. Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran -2 Soalan
  2. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan - 3 Soalan
  3. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan - 1 Soalan
  4. Kandungan Ilmu pendidikan - 7 soalan
  5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum - 1 soalan
  6. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif - 3 soalan
  7. Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran - 2 soalan
  8. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu - 1 soalan

Standard 3 : Kemahiran - Soalan Standard Terbahagi kepada 4 Kemahiran iaitu . (24 Soalan)

  1. Kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran - 11 Soalan
  2. Kemahiran Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran - 8 Soalan
  3. Kemahiran Memantau, Mentafsir dan Menilai - 2 Soalan
  4. Kemahiran Mengurus Bilik Darjah - 3 soalan

No comments:

Post a Comment