SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Saturday, February 26, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H




SK SUNGAI PUTERI- Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah disambut pada 25 Februari 2011. Sambutan ini telah diadakan di dewan terbuka jam 8:00 pagi. Walaupun sambutan yang diadakan serba kesederhanaan, namun ianya tetap meriah. Kemeriahan sambutan ini bertambah dengan kehadiran Yang Dipertuan Persatuan Ibubapa dan Guru SK Sungai Puteri iaitu Tuan Haji Rosli. Antara acara-acara yang dilaksanakan pada sambutan Maulidur Rasul kali ini ialah :-
  1. Bacaan Yasin Perdana
  2. Ceramah Maulidur Rasul
  3. Pertandingan mewarna tulisan khat
  4. Pertandingan silang kata
  5. Persembahan salawat oleh pemenang-pemenang pertandingan salawat
  6. Salawat perdana
  7. Persembahan nasyid oleh pasukan nasyid sekolah
Sambutan Maulidur Rasul ini berakhir jam 12:00 tengah hari.

Klik Di Sini - untuk melihat gambar

No comments:

Post a Comment