SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Saturday, April 2, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12

SK SUNGAI PUTERI- Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 8:00 pagi para ibu bapa telah mula berpusu-pusu membuat pendaftaran di kantin sekolah sebelum menikmati jamuan yang telah disediakan.Setelah menikmati juadah, para ibu bapa menuju ke Dewan Tun Fatimah bagi memenuhi kerusi yang telah disediakan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Mohd Daud diikuti ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Rosli. Seterusnya ucapan Tuan Guru Besar SK Sungai Puteri, Tn Hj. Ismail bin Mohd Said selaku penasihat PIBG. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian  oleh YB Kapten (B) Dato' Haji Johari bin Haji Hussain.




Seterusnya majlis disambung dengan Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Puteri Kali ke-12. YDP PIBG telah menyampaikan ucapan ringkas diikuti dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu, Penyata Tahunan serta Penyata Kewangan.


Berikutnya YDP membubarkan AJK PIBG 2009 seterusnya melantik Pengerusi Sementara untuk mengendalikan pemilih AJK PIBG 2011. Setelah pemilihan dibuat, AJK yang baru dipilih mengambil tempat di hadapan untuk sesi membentang dan membahaskan usul. Akhir sekali, selepas agenda hal-hal lain, ucapan penangguhan telah dibuat oleh YDP PIBG yang baru iaitu Encik Yunus bin Ramli. Majlis ditangguhkan pada jam 11:45 pagi.

Ahli Jawatankuasa PIBG 2011/2013

YANG DIPERTUAEN. YUNUS BIN RAMLI
NAIB YANG DIPERTUAEN. ABU YAMI BIN DZULKIFLY
AJKEN. SHAMSUL AMRI BIN ABU BAKAR
EN. AMINUDDIN BIN MAT DOM
EN. BESAR BIN YASA
EN. WAN GHAZALI
EN. ISMAIL HASSAN
PN. NORIZAN BT MAHMUD
PEMERIKSA KIRA-KIRAEN. NORDIN BIN MANAP
EN. ZAMRI BIN MARIMAN
PENGERUSI TETAPPN ASIAH
NAIB PENGERUSI TETAPTN. ZAMRULAHMAN

Gambar sekitar mesyuarat KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment