SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, April 14, 2011

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-9

SK SUNGAI PUTERI- Bertempat di padang SK Sungai Puteri telah berlangsung Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-9 yang telah diadakan pada 13 April 2011. Sukan tahunan pada kali ini dilangsungkan secara dalaman sahaja memandangkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Walaupun begitu perjalanan kejohanan sukan ini berlangsung dengan lancar dan meriah.
Kejohanan Sukan tahunan dimulakan dengan pembarisan masuk kontinjen rumah-rumah sukan ke padang sambil diiringi lagu. Kemudian para peserta menyanyikan tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah.
Sebaik sahaja selesai nyanyian, Ustaz Asmawi bin Mohd Daud mengetuai bacaan doa. Seterusnya Guru Besar SK Sungai Puteri, Encik Ismail bin Mohd Said telah berkenan untuk merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Puteri Kali Ke-9 ini. Selesai sahaja majlis perasmian, Mohd Adib Bin Zamri telah mengetuai lafaz ikrar kejohanan. Setelah itu pembarisan keluar kontinjen rumah-rumah sukan.
Tepat jam 9:00 pagi, acara pertama iaitu 200 meter lelaki dan perempuan tahap dua dimulakan sehingga ke acara terakhir iaitu acara sukanneka bagi staf dan guru-guru perempuan. Rumah Merah telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan pada Sukan Tahunan SK Sungai Puteri dengan membawa pulang piala pusingan. 
Sesungguhnya Kejohanan sukan tahunan pada kali berlangsung dengan meriah walaupun diadakan secara dalaman.

klik di sini untuk melihat gambar

No comments:

Post a Comment