SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, July 28, 2011

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UNIT KOKURIKULUM

SK Sungai Puteri, Pengurusan Kokurikulum telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat yang telah diadakan pada 27 Julai 2011. Program ini melibatkan semua unit beruniform yang terdapat di SK Sungai Puteri seperti Pengakap, Tunas Puteri, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Tunas Kadet Remaja.

Program ini diadakan bersempena sambutan bulan Ramadhan yang akan menjelang. Untuk itu aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan surau diadakan bagi memudahkan para jemaah melakukan solat Tarawih dengan selesa. Masjid At-Taqwa dan Surau Peladang Inn dipilih atas dasar berdekatan dengan SK Sungai Puteri dan juga merupakan masjid dan surau yang digunakan oleh para pelajar untuk bersolat. 

Aktiviti ini bermula jam 4.00 petang hingga 5.30 petang. Penglibatan daripada para guru, pelajar dan penduduk setempat amat menggalakkan. Sepertimana biasa orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa, justeru itu para pelajar yang bertungkus lumus membersihkan masjid dan surau telah diraikan dengan jamuan ringan oleh AJK Masjid At-Taqwa dan pengurusan Surau Peladang Inn.

Gambar sekitar program KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment