SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, August 23, 2011

TAWARAN KURSUS-KURSUS BAHASA INGGERIS ANJURAN INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) TAHUN 2011

Dimaklumkan bahawa pihak IDFR telah menawarkan 3 siri kursus Bahasa Inggeris bagi tahun 2011 untuk pegawai dan kakitangan KPM. Kursus ini akan dianjurkan oleh institut berkenaan secara percuma kepada pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional sahaja (Gred 41 ke atas) di bawah seliaan masing-masing. Pegawai berminat dipohon untuk mengisi borang permohonan kursus (IDFR1/97) mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A bagi tujuan penyelarasan dan mengembalikannya semula kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM seperti alamat berikut:
           
            Kementerian Pelajaran Malaysia
            Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
            Cawangan Pembangunan Manusia & Latihan
            Aras 4 Blok E12
            Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E
            62604 Putrajaya
            (U.P :Cik Roshakina binti Mat Zuki)

Untuk makluman, kos tambang pergi dan balik serta lain-lain perbelanjaan tambahan adalah di bawah tanggungan Jabatan/Bahagian masing-masing. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Roshakina binti Mat Zuki di talian 03-8884 7952.

 

No comments:

Post a Comment