SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Sunday, September 25, 2011

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Pada 23 September 2011, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SK Sungai Puteri telah berlangsung dalam suasana serba sederhana tetapi meriah. Kesanggupan para murid membawa kuih-muih dari rumah masing-masing memaparkan konsep perkongsian diterap sejak di bangku sekolah lagi. Kemeriahan sambutan ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Pelajaran Daerah Rompin iaitu Encik Mohamad bin Hamid, Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PIBG serta beberapa lagi tetamu kehormat yang lain. Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah murid SK Sungai Puteri meraikan majlis ini apakan tidak masing-masing memperagakan pakaian raya yang dibeli untuk menyambut Syawal baru-baru ini.

Encik Mohamad Bin Hamid, Pegawai Pelajaran Daerah Rompin turut hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri SK Sungai Puteri
KLIK DI SINI untuk melihat gambar

No comments:

Post a Comment