SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, November 17, 2011


 
Hari Graduasi Prasekolah dan Hari Anugerah Kecemerlangan SK Sungai Puteri telah berjaya dilaksanakan dalam suasana serba sederhana. Yang DiPertua PIBG, En. Yunus bin Ramli telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Majlis ini diadakan bagi meraikan murid-murid yang telah berjaya memperolehi kejayaan dalam peperiksaan akhir tahun. Selain itu murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum turut diraikan. 
Muhammad Azril bin Abu Bakar dan Syarifah Noor Farhana binti Syed Idrus telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam bidang ko-kurikulum. Manakala tokoh murid SK Sungai Puteri 2011 bagi kategori lelaki dimenangi Muhammad Hafizuddin bin Jamaludin. Manakala Ainul Hazirah Husna binti Ariffin memenangai tokoh murid perempuan. 

Di majlis ini juga, murid-murid yang berjaya memperolehi 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 turut diraikan. Murid-murid ini telah menerima wang sebanyak RM150 setiap seorang sumbangan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru SK Sungai Puteri dan Masjid Al-Taqwa Sungai Puteri. 

Diharapkan majlis ini dapat memberi motivasi kepada murid yang tidak berjaya untuk terus berusaha pada masa akan datang.

KLIK DISINI untuk melihat gambar GRADUASI PRASEKOLAH 

KLIK DISINI  untuk melihat gambar HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN



No comments:

Post a Comment