SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, November 16, 2011

SEMAKAN UPSR

Semakan Keputusan UPSR 2011 melalui SMS
Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 secara rasmi bakal diumumkan pada esok hari, 17 November 2011. Keputusan boleh diketahui melalui sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi. Selain itu, keputusan USPR 2011 juga boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menggunakan perkhidmatan mySMS.
Sidang media berkenaan analisis keputusan UPSR 2011 akan diadakan di Kementerian Pelajaran, Putrajaya oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud.

Semakan Keputusan UPSR 2011 dengan SMS

  • Semakan keputusan UPSR 2011 secara SMS boleh dilakukan mulai pukul 10.00 pagi 17 November 2011 sehingga 12 tengah malam 23 November 2011.
  • Cara semakan adalah dengan menaip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888. Contoh; UPSR BC001A040 dan hantar ke 15888.
  • Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan bayaran RM0.15 dan setiap SMS yang diterima akan dikenakan bayaran RM0.20.

No comments:

Post a Comment