SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, July 28, 2011

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UNIT KOKURIKULUM

SK Sungai Puteri, Pengurusan Kokurikulum telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat yang telah diadakan pada 27 Julai 2011. Program ini melibatkan semua unit beruniform yang terdapat di SK Sungai Puteri seperti Pengakap, Tunas Puteri, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Tunas Kadet Remaja.

Program ini diadakan bersempena sambutan bulan Ramadhan yang akan menjelang. Untuk itu aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan surau diadakan bagi memudahkan para jemaah melakukan solat Tarawih dengan selesa. Masjid At-Taqwa dan Surau Peladang Inn dipilih atas dasar berdekatan dengan SK Sungai Puteri dan juga merupakan masjid dan surau yang digunakan oleh para pelajar untuk bersolat. 

Aktiviti ini bermula jam 4.00 petang hingga 5.30 petang. Penglibatan daripada para guru, pelajar dan penduduk setempat amat menggalakkan. Sepertimana biasa orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa, justeru itu para pelajar yang bertungkus lumus membersihkan masjid dan surau telah diraikan dengan jamuan ringan oleh AJK Masjid At-Taqwa dan pengurusan Surau Peladang Inn.

Gambar sekitar program KLIK DISINI

Wednesday, July 27, 2011

Thursday, July 21, 2011

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SECARA ONLINE

1. Semua pentadbir sekolah dikehendaki mengemaskini maklumat murid sebagai persediaan menggunakan SAPS secara online.
2. Data yang perlu diberi perhatian utama ialah No. Kad Pengenalan murid. Bagi pelajar-pelajar yang masih menggunakan data No. Surat Beranak, sila tukarkan kepada No. Kad Pengenalan MyKid.
3. Bagi memudahkan urusan pemakluman secara e-mail dan pengedaran bahan, pihakPengurusan Akademik Pahang  telah mewujudkan sebuah Google Group Guru SAPS Negeri Pahang dan "group mail" khas iaitu saps-pahang@googlegroups.com.
4. Sila mendaftar di laman tersebut, klik pada link Google Group Guru SAPS Negeri Pahang

Kepada semua pentadbir sekolah dan guru-guru Negeri Pahang, sila muat turun bahan berikut.
Sila rujuk kepada Berita Pelaksanaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk rujukan. Dimaklumkan bahawa sistem ini akan dilaksanakan selepas kursus-kursus dijalankan di Negeri Pahang: http://saps.moe.gov.my

Untuk memuat turun bahan-bahan ini, anda perlu mendaftar sebagai ahli portal terlebih dahulu. Sila gunakan modul pendaftaran di bahagian bawah laman ini menggunakan username pilihan anda serta email.

WEB UNTUK GURU YANG INGIN BERTUKAR

Mungkin ada antara anda yang sibuk untuk bertukar sekolah. Mungkin juga ada kekangan untuk berbuat
demikian kerana masalah kekosongan jawatan.


Jika anda adalah guru yang saya maksudkan yang ingin sangat berpindah..cuba layari web di bawah ini.

Tuesday, July 19, 2011

Wednesday, July 13, 2011

TERIMA KASIH

Seluruh warga SK Sungai Puteri mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru buat:-
Ustazah Rahimah binti Mohd Nawi

Terima kasih daun keladi
Melihat gambar sekitar jamuan perpisahan KLIK DISINI

Monday, July 11, 2011

TAHNIAH DAN SYABAS

 
Pihak pengurusan dan para guru mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid tahun 6 yang berjaya memperolehi 5A dalam Penilaian Ketiga 2011. Mereka adalah :-
  1. AINUL HAZIRAH HUSNA
  2. NUR FAIRUS ROSTAN
  3. HAFIZUDIN JAMALUDIN
  4. FATIN FATIHAH RASDIN
  5. HAFIZUDIN ABDULLAH RODHI
  6. NUR ADLINA ANUAR AMIN
  7. NUR IZZATI MANAN

TAHNIAH

Friday, July 8, 2011

Wednesday, July 6, 2011

ISRAK MIKRAJ


Tepat jam 5 petang Dewan Terbuka SK Sungai Puteri dipenuhi oleh para murid untuk mengikuti program Sambutan Israk Mikraj. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Mohd Daud. Selepas itu majlis diteruskan dengan bacaan Al-Quran. Penceramah jemputan mengambil tempat untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan Israk dan Mikraj selepas sahaja selesai bacaan Al-Quran. Tajuk ceramah yang disampaikan menarik minat para murid untuk menghayati isi-isi yang disampaikan sehingga selesai. Majlis sambutan Israk Mikraj ini melabuhkan tirainya tepat jam 5:10 petang. Bagi menghargai penceramah, GPK Kokurikulum, Pn Zurainah binti Mohamed Ramli berkenan menyampaikan cenderahati. Jamuan ringan turut diadakan sebelum murid dan para jemputan pulang.

Untuk melihat gambar KLIK DISINI