SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, February 29, 2012

TAKLIMAT SBPA DAN ISU-ISU PENDIDIKAN

Pihak pengurusan SK Sungai Puteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi NUTP dan CUEPAC Negeri Pahang, Encik Kamarozaman bin Abdul Razak di atas taklimat yang diberikan berkaitan SBPA dan Isu-isu Pendidikan masa kini. Sesungguhnya taklimat yang diberikan telah memberi gambaran yang lebih jelas tentang SBPA serta isu-isu pendidikan di negara ini.

Monday, February 27, 2012

TAHNIAH

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT ZON PANTAI.
TEMPAT: SK SELENDANG 1.
PENCAPAIAN: PERINGKAT SEPARUH AKHIR.

Saturday, February 25, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Pada 24 Februari 2012, Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan. Sebaik sahaja guru-guru dan murid-murid mengambil tempat masing-masing, Ustaz Mohd Asmawi telah mengetuai bacaan yasin. Selesai sahaja bacaan yasin, Dewan Tun Fatimah bergegar dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan Maulidur Rasul tahun ini telah menjemput  Ustaz Shuhaimi dari SK Selendang 1 sebagai penceramah. Turut memeriahkan majlis sambutan ini ialah persembahan pantomin bertajuk Akhlak Rasullah. Persembahan ini sungguh meruntun jiwa para penonton. Majlis sambutan ini tamat tepat jam 11 pagi.

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR

Friday, February 24, 2012

JAMUAN PERPISAHAN



Sekitar jam 5.30 petang, satu majlis jamuan bersempena meraikan Encik Mohd Nazihi bin Abdul Manan yang akan berpindah ke SK Tanah Putih, Pekan telah diadakan di Dewan Tun Fatimah. Majlis yang diadakan serba sederhana tetapi meriah cukup menggambarkan betapa rakan sejawat amat menghargai sumbangan Encik Mohd Nazihi buat SK Sungai Puteri selama beliau berkhidmat di sini. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Guru Besar, Tuan Haji Ismail bin Mohd Said yang sanggup hadir untuk meraikan majlis ini dan seterusnya berkenan menyampaikan sumbangan cenderamata buat Encik Mohd Nazihi. Kehilangan beliau akan dirasai kerana tiada lagi kedengaran suara merdunya setiap kali menjadi pengacara majlis untuk setiap majlis rasmi sekolah.

Pihak pentadbiran, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid SK Sungai Puteri mengucapkan terima kasih di atas sumbangan Encik Mohd Nazihi bin Abdul Manan selama beliau berkhidmat di SK Sungai Puteri. Diharap beliau gembira berada di sekolah baru di daerah kelahiran beliau.

Kalau ada jarum yang patah;
Jangan disimpan di dalam hati;
Kalau ada silap dan salah;
Jangan di simpan di dalam hati.

Kalau ada sumur di ladang;
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang;
Boleh kita berjumpa lagi.

Saturday, February 11, 2012

Thursday, February 9, 2012

KEMPEN PEMAKANAN SIHAT

Pada 8 Februari 2012, SK Sungai Puteri dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Rompin telah mengadakan Kempen Pemakanan Sihat. Kempen ini bertujuan bagi memberikan pengetahuan kepada pelajar di SK Sungai Puteri tentang peri pentingnya pemakanan yang sihat supaya tidak mendatangkan penyakit terutama obesiti yang menjadi isu di kalangan pelajar. Kempen ini disasarkan kepada pelajar di Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Kempen yang bermula sekitar jam 8:30 pagi berakhir tepat jam 10:40 pagi.


Thursday, February 2, 2012

KURSUS KEPIMPINAN

Unit Kokurikulum SK Sungai Puteri telah mengadakan Kursus Kepimpinan bagi Jawatankuasa Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan. Ia bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar akan peranan mereka dalam unit beruniform yang disertai mereka. Encik Mohd Rosli bin Abdullah dan Ustaz Mohd Asmawi bin Daud merupakan fasilitator yang terlibat. Kursus yang bermula pada pukul 4 itu berakhir pada pukul 6:15 petang.

Wednesday, February 1, 2012

MERENTAS DESA MSSD ROMPIN

Pada 1 Februari 2012, SK Sungai Puteri telah menghantar 8 orang pelajar untuk menyertai pertandingan merentas desa peringkat MSSD Rompin bawah kategori 12 tahun. Walaupun tidak memenangi tempat pertama hingga kelima belas, namun seorang pelajar lelaki berjaya menamatkan larian di tempat ke-20. Manakala tujuh orang lagi turut berjaya menamatkan larian sekitar tempat ke-30 hingga ke-45. 

Menurut pengurus pasukan, Pn Rosmawati Onn, kejayaan pelajar menamatkan larian merupakan satu kebanggaan kerana faktor persekitaran tempat pertandingan yang berbukit-bukit berbanding dengan latihan yang dijalankan merupakan penyebab kepada penggunaan tenaga yang lebih. Justeru itu pelajar akan cepat letih berbanding berlari pada permukaan yang landai.

PASUKAN MERENTAS DESA SK SUNGAI PUTERI