SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, February 24, 2012

JAMUAN PERPISAHAN



Sekitar jam 5.30 petang, satu majlis jamuan bersempena meraikan Encik Mohd Nazihi bin Abdul Manan yang akan berpindah ke SK Tanah Putih, Pekan telah diadakan di Dewan Tun Fatimah. Majlis yang diadakan serba sederhana tetapi meriah cukup menggambarkan betapa rakan sejawat amat menghargai sumbangan Encik Mohd Nazihi buat SK Sungai Puteri selama beliau berkhidmat di sini. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Guru Besar, Tuan Haji Ismail bin Mohd Said yang sanggup hadir untuk meraikan majlis ini dan seterusnya berkenan menyampaikan sumbangan cenderamata buat Encik Mohd Nazihi. Kehilangan beliau akan dirasai kerana tiada lagi kedengaran suara merdunya setiap kali menjadi pengacara majlis untuk setiap majlis rasmi sekolah.

Pihak pentadbiran, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid SK Sungai Puteri mengucapkan terima kasih di atas sumbangan Encik Mohd Nazihi bin Abdul Manan selama beliau berkhidmat di SK Sungai Puteri. Diharap beliau gembira berada di sekolah baru di daerah kelahiran beliau.

Kalau ada jarum yang patah;
Jangan disimpan di dalam hati;
Kalau ada silap dan salah;
Jangan di simpan di dalam hati.

Kalau ada sumur di ladang;
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang;
Boleh kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment